General

Pelajar BPLB UUM dan SUHAKAM bongkar isu eksploitasi kanak-kanak

Berita dan gambar Ahmad Zikri Ahmad Rostam

KUALA LUMPUR, 11 Jun 2025: Pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang-Undang dan  Perniagaan (BPLB) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah membongkar isu eksploitasi kanak-kanak oleh ibu bapa demi mendapatkan wang mudah.

Matlamat perbincangan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa BPLB mengenai isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan oleh masyarakat.

Meskipun undang-undang berkaitan hak asasi kanak-kanak sentiasa diperbaharui, namun pengekploitasian kanak-kanak terus berleluasa di sekitar bandar-bandar, khususnya.

Dialog ini dianjurkan untuk membawa hasrat pelajar BPLB terhadap hak asasi kanak-kanak yang dicabuli oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Hal ini demikian kerana ia merupakan satu bentuk pencabulan terhadap “Iura Puerorum” iaitu hak asasi kanak-kanak.

Pegawai Bahagian Undang-Undang dan Triti Antarabangsa SUHAKAM, Yustina Ishak berkata, isu ini melanggar Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang melarang penggunaan kanak-kanak untuk mengemis atau menjual dengan berpura-pura.

Menurutnya, isu ini meskipun telah diwartakan oleh kerajaan namun perkara ini mestilah dilaksanakan oleh masyarakat termasuk pelajar universiti untuk membanteras masalah ini terus berlangsung.

“Masyarakat jika sudah nampak isu ini, perkara ini perlu terus dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan BPLB, Ahmad Zikri Ahmad Rostam, dialog ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar BPLB untuk sentiasa cakna dengan persekitaran.

Menurutnya, dia percaya bahawa isu hak asasi manusia termasuk kanak-kanak sentiasa  dihadapi oleh semua pada setiap waktu.

Katanya, isu ini dibawa dalam dialog bersama SUHAKAM kerana isu ini satu bentuk pencabulan terhadap “Iura Puerorum” iaitu hak asasi kanak-kanak yang wajib dilindungi daripada eksploitasi dan penderaan.

Peserta, Mohammad Al Fadzrin memberi respon yang positif terhadap dialog kerana membuahkan fikrah ini.

Menurutnya, melalui program ini dia semakin insaf dan sedar bahawa hak asasi kanak mesti dipertahankan oleh semua sebagai satu masyarakat terutamanya mahasiswa.

Dialog ini berakhir dengan penyerahan cenderamata oleh SUHAKAM kepada pelajar BPLB atas usaha dan minat mereka terhadap perlindungan hak asasi kanak-kanak.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button