UUM jalin hubungan strategik dengan LKIM
Gambar Ihsan LKIM
PUCHONG, 5 April 2026: Hari ini mencatat satu lagi detik bermakna dalam hubungan strategik antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan agensi kerajaan apabila Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Lebih istimewa, kunjungan ini diraikan oleh Ketua Pengarah LKIM, Dr. Abdul Salim Tajudin, alumni UUM yang membanggakan.
Dr. Abdul Salim merupakan graduan lengkap UUM bermula dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam (2005), diikuti Sarjana (2009) dan seterusnya Doktor Falsafah dalam bidang yang sama (2019).
Kini, beliau menerajui LKIM di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia.

Pertemuan ini membuka ruang kepada pelbagai potensi kerjasama strategik antara UUM dan LKIM, khususnya dalam pembangunan bakat, penyelidikan serta pemerkasaan industri perikanan negara.
Kisah ini bukan sekadar kunjungan rasmi tetapi bukti nyata bahawa alumni UUM terus mengorak langkah sebagai pemimpin organisasi penting negara, selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan pemimpin dan pengurus berkualiti tinggi. – Kori Ariff



