General

UUM terus perluas horizon jalinan kerjasama strategik bersama Ningbo University

Gambar SCIMPA

CHINA, 29 Mei 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh kedudukannya sebagai universiti pengurusan terkemuka di rantau ini menerusi satu perbincangan erat bersama Ningbo University, China.

UUM telah diwakili Dekan Pusat Pengajian Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Prof. Madya Ts. Dr Adzrool Idzwan Ismail.

Menurutnya, kerjasama ini meliputi pelbagai bidang strategik seperti penyelidikan bersama, khidmat perundingan bersama industri, mobiliti pelajar dan mobiliti staf, pembangunan kandungan industri kreatif, khidmat sosial dan banyak lagi.

“Jalinan kolaborasi ini bertujuan untuk memupuk hubungan akademik yang lebih erat melalui projek penyelidikan bersama yang menumpukan kepada inovasi dalam bidang seni persembahan, seni lukis dan seni reka , media digital, pengurusan industri kreatif serta teknologi pendidikan.

“Inisiatif ini dijangka memperkaya wacana akademik serta membentuk pendekatan lintas budaya yang lebih dinamik pada masa hadapan,” katanya.

Memetik kenyataan Naib Canselor UUM, “setiap kerjasama yang dilakukan dapat membuka ruang luas kepada pensyarah, staf dan pelajar dari institusi berkaitan untuk meneroka pelbagai bidang bagi jangka pendek dan panjang.”

Di samping itu, SCIMPA juga berpeluang memperkenal latar belakang dan peluang di UUM kepada Ningbo University melalui sesi pembentangan daripada Dr. Adzrool Idzwan.

Beliau juga turut membentangkan segmen industri kreatif di UUM disaksikan oleh Dekan, Pan Tianshou College of Architecture, Art & Design.

Hasil dari perbincangan tersebut, satu lawatan balas dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos nanti, untuk perincian perlaksanaan kerjasama dua hala ini. – M Shahadat Ali Nordin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button