Sumbangan Prihatin Dekan STML kepada Staf UPSB, Universiti Utara Malaysia
Berita dan gambar oleh: Nur Shamimi Ayuni Binti Mohamad Baki
Sintok, Kedah, 18 Mac 2026 – Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia, telah menyampaikan sumbangan kepada empat orang staf pembersihan UNIUTAMA Property Sdn. Bhd. (UPSB) dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada hari ini.
Sumbangan tersebut merupakan tanda penghargaan dan keprihatinan pihak pengurusan STML terhadap jasa dan komitmen staf pembersihan yang sentiasa memastikan persekitaran pusat pengajian berada dalam keadaan bersih, selesa dan kondusif untuk warga kampus.

Dekan STML merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas dedikasi dan usaha gigih para staf pembersihan yang memainkan peranan penting dalam menyokong kelancaran operasi harian pusat pengajian.
Beliau berharap inisiatif ini diharapkan dapat membawa keceriaan serta kebahagiaan yang berterusan kepada para penerima. Di samping mengejar kecemerlangan akademik, universiti turut komited dalam memelihara nilai kemanusiaan dan semangat kebersamaan.



