General

CEO LHDN terima ijazah Doktor Pengurusan

SINTOK, 11 November 2024: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, hari ini menerima anugerah Doktor Pengurusan (D.Mgmt) pada Majlis Konvokesyen Ke-37 Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ijazah tersebut disampaikan oleh Pro-Canselor UUM, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah, sekali gus mengiktiraf sumbangan dan kepakaran beliau dalam bidang pengurusan cukai.
Dr. Abu Tariq, lulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian (LLB. Hons) dari Universiti Malaya (UM) telah dilantik sebagai CEO LHDN pada 17 Disember 2023.
Beliau mula berkhidmat di LHDN sejak 15 Mac 1995 dengan pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung, merangkumi aspek perundangan dan pematuhan cukai.
Dalam kerjayanya di LHDN, Dr. Abu Tariq telah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) serta Pengarah Jabatan Undang-Undang.
Kepakaran dan dedikasi beliau dalam bidang percukaian telah banyak menyumbang kepada pencapaian LHDN sebagai institusi utama percukaian negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button