Off Campus

Naib Canselor bertemu alumni UUM di Jakarta, perkukuh jaringan antarabangsa

Gambar Dr. Muhammad Ali Ridha Norman

JAKARTA, 14 Julai 2026: Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed meluangkan masa dalam tugas rasmi di Jakarta untuk sesi ramah mesra bersama alumni UUM yang kini berkhidmat dan menetap di Indonesia.

Pertemuan tersebut diketuai oleh Koordinator Presidium Ikatan Alumni Perguruan Tinggi Malaysia di Indonesia (IKAPIM), Abdis Salam bersama beberapa alumni UUM yang hadir bagi membincangkan usaha memperkukuhkan hubungan antara alumni dengan alma mater serta meneroka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Dr. Ahmad Martadha merakamkan penghargaan kepada komuniti alumni UUM di Indonesia atas komitmen berterusan dalam mempromosikan nama UUM, selain menjadi penghubung penting antara universiti dengan bakal pelajar, institusi pendidikan dan agensi berkaitan.

Beliau turut menegaskan betapa jaringan alumni merupakan aset strategik universiti yang mampu menyumbang kepada agenda pengantarabangsaan UUM melalui perkongsian kepakaran, pembangunan kerjasama akademik serta promosi pendidikan tinggi Malaysia di peringkat serantau.

Antara alumni yang hadir dalam pertemuan tersebut ialah Tengku Mohd. Khairal Abdullah, Fredia Yuzirwan, Dr. OK Mohd. Fajar Ikhsan, Ashar Fauzan, Raihan Gumilang dan Annisa Yasmin Mutia.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu mencerminkan hubungan erat antara UUM dan alumninya di Indonesia, sekali gus mengukuhkan lagi peranan komuniti alumni sebagai duta universiti dalam memperluaskan jaringan kerjasama akademik dan hubungan Malaysia dan Indonesia. – Kori Ariff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button