Education

35 pelajar UUM terpilih sebagai KPMG Ambassador

Gambar Dr. Fikriyah Abdullah & Norzalida Abdul Aziz

PETALING JAYA, 15 Januari 2025: Seramai 35 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah terpilih sebagai KPMG Ambassador pada Majlis Graduasi KPMG Ambassador di Menara KPMG, baru-baru ini.

Majlis ini diadakan bagi meraikan mereka yang telah berjaya menamatkan program KPMG Padawan 2.0 di bawah program School of Hard Knocks (SoHK) anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG), UUM bersama KPMG Malaysia selama dua semester.

Sesi pemilihan sebagai KPMG Padawan 2.0 ini telah disaring melalui sesi temuduga bersama KPMG Malaysia dan mereka telah terpilih sebagai KPMG Ambassador 2024.

Chief Operating Officer (COO) and Head of People, KPMG Malaysia, Eric Ong Beng Seng mengalu-alukan kedatangan delegasi dari UUM dan KPMG Padawan 2.0 dalam majlis itu.

Menurutnya, program ini perlu dijalankan secara konsisten dan berterusan agar dapat membantu pelajar-pelajar lain dapat mengambil peluang untuk menyertai program sebegini kerana dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang sektor pengauditan disamping dapat pendedahan tentang alam pekerjaan yang sebenar.

Majlis diteruskan lagi dengan sesi menarik yang diketuai oleh pemimpin KPMG Malaysia yang berkongsi pandangan dan aspirasi mereka.

Sesi perkongsian “From Zero to Hero” ini dikongsikan oleh Rakan Kongsi Audit dan Penasihat Program Duta KPMG, Eric Ong dan Kevin Foo serta rakan audit, Soo Tho Pei Yin yang memberi inspirasi kepada KPMG Padawan 2.0 dengan berkongsi perjalanan kerjaya mereka dalam dunia pekerjaan.

Turut hadir, Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah dan Penyelaras Program SoHK, Dr. Adilah Azhari. – Anis Zulaikha Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button