Education

Pengurusan TVET UUM dan IDS Sabah perkukuh kolaborasi bangunkan lima program TVET untuk rakyat Sabah

Gambar oleh: Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Hj. Ahmad

KOTA KINABALU, 7 Ogos 2026 – Pengurusan TVET Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperluas agenda pembangunan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) menerusi kolaborasi strategik bersama Institute for Development Studies (Sabah) (IDS) bagi membangunkan lima program TVET khusus untuk rakyat Sabah.

Kolaborasi ini adalah antara IDS Sabah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul bersama pasukan penyelidiknya dengan Pengarah Pengurusan TVET UUM, Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Bin Hj. Ahmad.

Kolaborasi ini akan melibatkan lima program yang sedang dibangunkan merangkumi SKM-PPT bagi 20 bidang NOSS, SKM-PPT Tahfiz, SKM Microcredential, Sijil Kemahiran Khusus dan SKM-PPT Keusahawanan.

Inisiatif ini menjadi antara usaha memperluas akses kepada pendidikan dan latihan kemahiran yang fleksibel serta membuka lebih banyak laluan kepada rakyat Sabah untuk memperoleh pengiktirafan kemahiran dalam pembangunan kerjaya dan keusahawanan.

Kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen Pengurusan TVET UUM dan IDS dalam memperkukuh ekosistem TVET yang responsif terhadap keperluan masyarakat, sekali gus menyokong pembangunan modal insan berkemahiran di Sabah.

Usaha ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada perluasan peluang pendidikan kemahiran serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran yang dapat menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi negeri Sabah. – Hana Fatimah Kamarul Bahrin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button