SLCP dan PZW UUM adakan kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji Kuala Lumpur
Berita dan gambar Nurul Fathiah Ab Hamid
KUALA LUMPUR, 17 Mac 2025: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) serta Pusat Zakat dan Wakaf (PZW), Universiti Utara Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Lembaga Tabung Haji (TH) di Menara Tabung Haji, baru-baru ini.
Delegasi SLCP diketuai oleh Dekannya, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie, manakala PZW UUM dihadiri oleh Pengarahnya, Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali telah disambut Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Lembaga Tabung Haji, Ahmad Shahriman Johari.
Dr. Mohamad Khadafi berkata, kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan beberapa aktiviti berimpak tinggi yang melibatkan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan.
“Kita menumpukan kepada usaha strategik untuk memperkukuh kerjasama antara institusi akademik dan Lembaga Tabung Haji dalam pembangunan program berimpak tinggi.
“Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang bagi pelaksanaan inisiatif yang dapat memberi sumbangan besar kepada kemajuan ummah dan kesejahteraan masyarakat secara holistik,” katanya.
Turut hadir, Timbalan Pengarah PZW UUM, Prof. Madya Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil dan Syahrina Abdullah.