Campus

21 pelajar terima Geran Kursus Keusahawanan Siswa (KKS)

Gambar Nur Aleeya Izzati Nordin

SINTOK, 6 Julai 2026: Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Geran Kursus Keusahawanan Siswa (KKS) 2026 sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuhkan pembangunan dan pemerkasaan keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Majlis ini bertujuan memberi sokongan kepada pelajar yang berpotensi untuk membangunkan dan membuat penambahbaikan serta meningkatkan idea dalam perniagaan dan projek keusahawanan melalui bantuan geran yang disediakan.

Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang turut menyampaikan Geran Kursus Keusahawanan Siswa (KKS) 2026 kepada 21 pelajar UUM.

Penyerahan geran ini merupakan satu bentuk galakan kepada mahasiswa untuk meneroka bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya, di samping mengembangkan potensi perniagaan yang mampu memberi nilai tambah kepada diri, universiti dan masyarakat.

Pengarah PPKS, Fadzil Mohd Husin berkata, melalui pemberian geran ini, penerima berpeluang memanfaatkan bantuan yang diterima bagi memperkukuhkan projek serta idea perniagaan masing-masing.

Menurutnya, inisiatif ini turut diharap dapat meningkatkan kemahiran keusahawanan, memupuk budaya inovasi serta melahirkan graduan yang lebih berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran dunia perniagaan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Majlis Penyerahan Geran Kursus Keusahawanan Siswa (KKS) 2026 mencerminkan komitmen berterusan PPKS dalam memperkasa ekosistem keusahawanan mahasiswa di UUM.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan muda yang berdaya tahan, berinovasi dan mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat. – Farah Ain Zati Basir

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button