Campus

Alumni UUM bersama komuniti hulur sumbangan kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas

Berita dan gambar oleh Muhamad Mukhlis Ahmad Sahiri (Pelajar Praktikum)

ALOR SETAR, 5 Mac 2026: Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Program Alumni UUM Bersama Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas dengan kerjasama syarikat milik alumni serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO yang diserikan dengan majlis berbuka puasa bersama warga emas pada 5 Mac lalu.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh kemesraan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara alumni UUM, komuniti setempat serta rakan strategik, di samping menyemai nilai keprihatinan terhadap kebajikan golongan warga emas.

Sepanjang program tersebut, para alumni dan tetamu yang hadir berpeluang meluangkan masa bersama penghuni pusat jagaan serta berkongsi kegembiraan berbuka puasa dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.

Dalam pada itu, Pusat Alumni UUM bersama rakan kerjasama turut menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan barangan keperluan harian seperti makanan serta keperluan asas bagi membantu meringankan beban pengurusan pusat jagaan serta para penghuninya.

Antara penyumbang yang terlibat ialah Dhia Cotton, Bintong Express & Holiday Sdn. Bhd., Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah (DPMM), E-Idaman Group of Companies, Persatuan Alumni UUM, Lembaga Zakat Negeri Kedah, Together Great Eastern, selain sumbangan daripada individu dan alumni UUM.

Program ini turut menerima sumbangan peribadi daripada 41 individu yang terdiri daripada ahli jawatankuasa sumbangan serta alumni, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM12,650.

Pengarah Pusat Alumni UUM, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Binti Abu Bakar turut merakamkan penghargaan kepada Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas, Puan Siti Marlyana Binti Abu Hassan atas kesudian menerima kunjungan serta menjayakan program tersebut.

Diharapkan program seumpama ini akan terus mendapat sokongan pelbagai pihak pada masa hadapan dalam menyemai semangat kesukarelawanan serta memupuk budaya memberi dalam kalangan komuniti alumni UUM, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button