ARICG ambil kesempatan Ramadan masak bubur lambuk Seri Sintok
Gambar ARICG
SINTOK, 26 Mac 2025: Kemeriahan Ramadan terus dirai dengan bubur lambuk yang tidak asing lagi di Universiti Utara Malaysia (UUM) iaitu bubur lambuk Seri Sintok.
Kali ini, Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG) menyertai Program Memasak Bubur Lambuk Seri Sintok yang dianjurkan oleh Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pengarah ARICG, Prof. Dr. Noor Afza Amran berkata, tradisi memasak bubur lambuk telah menjadi rutin tahunan apabila Ramadan menjelma, di mana warga UUM bersama-sama menyediakannya bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti sekitar.
“Program seperti ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan silaturahim antara staf pentadbiran dan felo penyelidik, malahan mengeratkan semangat gotong-royong di dalam menyediakan bubur lambuk, resipi warisan turun-temurun.
“Kami berharap setiap anggota komuniti UUM berpeluang menikmati bubur lambuk ini di bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya.
ARICG bersama stafnya telah mengagihkan 170 pek bubur lambuk kepada pelajar antarabangsa di Inapan Siswa Maybank, staf UPSB, pengawal Unit Keselamatan dan sekitar pejabat ARICG. – Norhafiza Hashim