Campus

Bengkel Pemurnian Maklum Balas Kursus Multimedia bagi Program ASLiM berjaya capai objektif

Berita dan gambar Dr. Nor Hanani Ismail

SINTOK, 4 Ogos 2026: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemurnian Maklum Balas Kursus Multimedia bagi Program Sarjana Muda Syariah Gunaan, Linguistik dan Multimedia dengan Kepujian (ASLiM) pada 2 hingga 3 Ogos lalu di EDC UUM.

Bengkel selama dua hari ini menghimpunkan Jawatankuasa Program ASLiM bersama pensyarah daripada Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SMMTC) bagi meneliti serta memurnikan maklum balas panel penilai terhadap kursus-kursus Multimedia yang terkandung dalam Table 4 sebagai sebahagian daripada proses permohonan Akreditasi Sementara Program ASLiM.

Dekan SLCP, Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Rofie berkata, penganjuran bengkel ini turut memperkukuhkan kerjasama akademik antara SLCP dan SMMTC dalam pembangunan kurikulum multidisiplin yang mengintegrasikan bidang Syariah, Linguistik dan Multimedia. Kepakaran pensyarah daripada kedua-dua pusat pengajian telah dimanfaatkan bagi memastikan setiap maklum balas panel dimurnikan secara menyeluruh dan sistematik.

Hasil bengkel ini, maklum balas panel penilai yang berkaitan dengan kursus Multimedia telah berjaya dimurnikan dan dimuktamadkan. Sekali gus mencapai objektif utama bengkel dalam menyediakan dokumen yang lebih lengkap bagi menyokong permohonan Akreditasi Sementara (PA) Program ASLiM.

SLCP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli Jawatankuasa Program ASLiM serta pensyarahSMMTC atas komitmen, kerjasama dan sumbangan idea sepanjang bengkel berlangsung.

Diharapkan usaha bersepadu ini akan memperkukuh kualiti kurikulum Program ASLiM serta menyokong pembangunan program akademik yang memenuhi standard jaminan kualiti MQA.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button