Campus

Delegasi dari Education Malaysia Indonesia intai peluang kerjasama edutourism bersama STHEM

Gambar oleh Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM)

SINTOK, 13 November 2025: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) telah menerima lawatan delegasi daripada Education Malaysia Indonesia bagi membincangan kerjasama berkenaan program edutourism bertempat di Bilik Mesyuarat Andaman, STHEM.

STHEM diwakili oleh Dekan iaitu Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim serta Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) iaitu Dr. Siti Noormala Jailani turut membawa delegasi Indonesia melawat fasiliti yang terdapat di STHEM.

Manakala Education Malaysia Indonesia diketuai oleh Puan Riska Pramita, Eksekutif Promosi yang juga mengiringi pensyarah dari beberapa universiti dari Indonesia untuk melihat sendiri kemudahan di STHEM dan UUM bagi tujuan mempromosikan UUM kepada pelajar dari sekolah tinggi untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di UUM.

STHEM dan pihak Education Malaysia Indonesia bakal menganjurkan program edutourism yang dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara UUM dengan universiti di Indonesia. – Aida Rasyidah Ahmad Muaen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button