Delegasi Universitas Negeri Surabaya Ke Pusat Islam UUM
Gambar Pusat Islam UUM
SINTOK, 16 Jun 2026: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universitas negeri Surabaya (UNESA) Indonesia dalam satu sesi rasmi yang berlangsung di bilik mesyuarat utama Pusat Islam.

Delegasi yang diketuai Dr. Clarashinta Canggih telah disambut oleh Pengarah, Mohd Yusnaidi Md. Sabri serta staf Pusat Islam.
Mohd Yusnaidi berkata, kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan akademik dan ukhuwah antara institusi Malaysia–Indonesia.
Menurutnya, Pusat Islam UUM sememangnya aktif menerima kunjungan hormat daripada pelbagai institusi sebagai usaha memperluaskan jaringan kerjasama, memperkasakan peranan pusat Islam di universiti serta menyokong program pembangunan pelajar dan komuniti.

Sementara itu, Dr. Clarashinta berkata, kunjungan ini sebagai satu usaha untuk mendapatkan satu penanda aras dalam pengurusan Pusat Islam universiti serta meneroka peluang kerjasama dalam program dakwah, pendidikan dan pembangunan pelajar.
Kunjungan delegasi Indonesia ini menjadi platform penting dalam mempereratkan hubungan serantau, berkongsi kepakaran, di samping memperkukuhkan peranan institusi Islam di peringkat universiti. – Dakina Zakaria



