IETLE dan JK Penerbitan SoE perkasa penyelidikan dan penerbitan artikel berimpak tinggi melalui analisis bibliometrik
Gambar Muhammad Azhar Kamaruzaman
SINTOK, 4 Ogos 2026: Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education (IETLE), Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama dengan Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian Pendidikan (SoE) telah menganjurkan Bengkel Penerbitan Artikel Bibliometrik menggunakan applikasi BiblioSpy yang disertai oleh felo IETLE dan pensyarah SOE di EDC UUM, baru-baru ini.

Bengkel yang dikendalikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Aidi Ahmi ini memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta mengenai proses lengkap analisis bibliometrik, bermula daripada pengumpulan data sehingga penyediaan draf artikel untuk penerbitan.
Dr. Aidi berkata, program ini merupakan salah satu inisiatif strategik IETLE dan JK penerbitan SOE dalam memperkukuhkan budaya penyelidikan dan meningkatkan produktiviti penerbitan akademik dalam kalangan felo IETLE dan para pensyarah.
“Hasil bengkel menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan apabila semua peserta berjaya menghasilkan draf awal artikel bibliometrik masing-masing,” katanya.
Penganjuran program ini selaras dengan komitmen IETLE dan JK Penerbitan SOE untuk membangunkan kapasiti penyelidikan, memperkasa kecemerlangan akademik dan menyokong agenda School Centre of Excellence (S-CoE) Universiti Utara Malaysia. – Dr. Yeap Sock Beei



