Campus

Jerayawara TNC (P&I) ke TISSA perkukuh hubungan pengurusan universiti dan pusat pengajian

Berita dan gambar Nur Aiffa Tajeri

SINTOK, 19 April 2026: Universiti Utara Malaysia melalui Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) telah menganjurkan satu sesi jerayawara bersama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad di Bilik Mesyuarat Insan Fikir, baru-baru ini.

Dekan TISSA, Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali berkata, program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara pihak pengurusan universiti dengan warga akademik serta staf pentadbiran, di samping memperkasakan agenda penyelidikan dan inovasi di peringkat pusat pengajian.

Menurutnya, sepanjang program, pelbagai pengisian telah disampaikan yang merangkumi hala tuju penyelidikan universiti, peluang pembiayaan geran, pengukuhan jaringan kolaborasi industri serta kepentingan inovasi dalam meningkatkan impak akademik dan reputasi institusi.

Di samping itu, sesi ini turut berperanan sebagai platform interaksi dua hala yang konstruktif, dengan memberi ruang kepada warga TISSA untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta membincangkan cabaran dalam usaha memperkukuhkan budaya penyelidikan dan inovasi.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan pihak universiti dalam memastikan kelestarian kecemerlangan akademik serta memperkukuhkan ekosistem penyelidikan yang berdaya saing di Universiti Utara Malaysia.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab dan perbincangan terbuka yang berlangsung dalam suasana profesional dan teratur bersama Dr. Ram Al Jaffri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button