Campus

Kejohanan e-Sukan ‘Thesavage War’ berjaya himpun 50 pelajar UUM bersama penajaan Unifi

Gambar AJK Program dan Unifi

SINTOK, 20 Julai 2026: Biro Informasi dan Penerbitan, Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) TM, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan kejohanan e-Sukan, “The Savage War: MLBB Championship 2026” pada 13 Jun lalu di Dewan Inasis TM, UUM.

Kejohanan yang berteraskan format permainan popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) ini telah berjaya menarik penyertaan aktif seramai 50 pelajar daripada pelbagai latar belakang akademik.

Penganjuran kali ini bertambah meriah dengan kehadiran Syarikat Unifi yang bertindak sebagai penaja utama kejohanan.

Pengarah Program, Amsyar Rozidi berkata, program ini adalah sebahagian daripada usaha pihak Inasis untuk menyokong minat dan potensi pelajar dalam bidang teknologi dan sukan elektronik.

“Kita tidak mahu e-Sukan ini sekadar dilihat sebagai hobi atau permainan masa lapang sahaja, sebaliknya apabila kita menganjurkan kejohanan yang kompetitif seperti ini, kita dapat melahirkan bakat-bakat baharu yang berdisiplin tinggi serta mempunyai semangat kerja berpasukan yang mantap,” katanya.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk menyediakan platform yang sihat bagi mencungkil bakat-bakat profesional baharu dalam arena e-sukan. Di samping itu, ia turut memupuk kemahiran insaniah (soft skills) yang penting seperti komunikasi berkesan dan semangat kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta.

Melalui persaingan sengit dan interaksi sepanjang pertandingan, program ini juga berfungsi sebagai medium integrasi yang efektif untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama mahasiswa, sekali gus menggalakkan gaya hidup kampus yang lebih seimbang dan aktif. – Amsyar Rozidi

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button