Campus

Kenali dan bantu KDN pastikan keselamatan

Gambar Hairul Nizam Zahari dan Mohd Fuad Hamid

SINTOK: Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam akan menjadi sebahagian masyarakat untuk ikut terlibat membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam semangat bahawa keselamatan tanggungjawab bersama.

Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau mahu masyarakat mengenali KDN dari aspek fungsi dan peranan kementerian tersebut agar mereka ‘terliur’ untuk bersama-sama KDN menjaga keselamatan negara.

Menurutnya, selain itu juga beliau mahu mahasiswa dan masyarakat tahu bahawa Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang sedang membawa negara ke arah mana.

“Tugas hakiki KDN sekarang adalah melaksanakan 53 akta dan 10 agensi di bawah KDN.

“Jadi, pelbagai isu dan pertanyaan masyarakat yang melibatkan keselamatan menjadi tanggungjawab KDN,” katanya pada Sesi Townhall Bersama Menteri Dalam Negeri Sempena Minggu Suai Kenal Semester Pertama Sesi 2024/2025 di Dewan Mu’adzam Shah.

Beliau turut menjawab beberapa soalan yang dikemukakan moderator, Judd antaranya tentang kewarganergaraan, scammer, jenis ancaman yang melibatkan mahasiswa dan juga Ikon Belia.

Menurutnya, setiap permasalahan yang timbul, pihak kerajaan cuba menyelesaikan ia sebaik mungkin seperti memperkemaskan lagi undang-undang dan peraturan, menyebarluas maklumat kepada masyarakat tentang ancaman yang berlaku dan bekerjasama dengan negara luar untuk mengatasi masalah trend ‘job scam’.

Di akhir sesi turut diadakan pelancaran I’m Volunteer KDN yang turut disertai Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), KDN, Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button