Campus

KOPERASI HOPENIAGA taja platform pendaftaran MAI BALIK UUM 2.0 bernilai RM20,000

Gambar Pusat Alumni

KUALA LUMPUR, 20 Julai 2026: KOPERASI HOPENIAGA telah memberi sumbangan kepakaran serta tajaan pembangunan platform pendaftaran bagi program MAI BALIK UUM 2.0 yang dianggarkan bernilai RM20,000 kepada Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia.

Bagi menghargai komitmen tersebut, satu sesi santai Ngopi & Supper telah diadakan bersama barisan alumni UUM yang menerajui KOPERASI HOPENIAGA iaitu Azman Bidin, alumni Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian (1997); Najdiah Abu Bakar, alumni Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (1996); Muhammad Zaiem Abu Bakar, alumni Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian (1997) dan Safarin Ali@Ismail, selaku pembangun laman sesawang yang memainkan peranan penting dalam membangunkan sistem tempahan program.

Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar berkata, platform yang dibangunkan ini dijangka memudahkan urusan pendaftaran peserta, pengurusan tempahan serta penyelarasan data tempahan program sepanjang penganjuran program MAI BALIK UUM 2.0, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan Pusat Alumni.

Menurutnya, selain membincangkan perkembangan platform pendaftaran, pertemuan tersebut turut membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi kerjasama dalam penganjuran program-program berasaskan e-dagang (e-commerce) bagi memperkasakan pembangunan pelajar, alumni dan komuniti.

“Inisiatif ini dilihat mampu menyediakan peluang pembelajaran, pembangunan kemahiran digital serta memperluaskan jaringan keusahawanan dalam kalangan warga UUM,” katanya.

Pusat Alumni UUM berharap kerjasama strategik bersama KOPERASI HOPENIAGA akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan bagi menyokong pelaksanaan pelbagai program yang memberi impak kepada universiti, alumni, pelajar dan masyarakat. – Amelia Hakimi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button