Campus

Kutipan data di Kampung Rawa: Suara komuniti jadi Fokus penyelidikan UUM

Gambar oleh: Nurul Ain Najwa Mohamad Jamil

KAMPUNG RAWA, CHANGLUN, 30 September 2025 – Program kutipan data di Kampung Rawa, Changlun telah berlangsung dengan penglibatan komuniti setempat serta penyelidik dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Program ini bertujuan mengenal pasti keperluan penduduk setempat serta menyokong matlamat Changloon Transformation Project (CTP).

Seramai sembilan penduduk kampung hadir dan memberi kerjasama dalam sesi temu bual yang dikendalikan oleh enam orang pembanci. Kehadiran mereka turut disokong oleh Ketua Kampung Rawa, Puan Nadzariah Wahab, yang mengalu-alukan usaha penyelidik UUM dalam mendekati komuniti setempat.

Program kutipan data ini memberi tumpuan kepada pengumpulan maklumat berkaitan aspek sosial, ekonomi dan kehidupan seharian komuniti bagi menyokong penyelidikan yang dijalankan.

Pada masa yang sama, ia membuka ruang kepada komuniti untuk berkongsi pandangan serta pengalaman mereka secara terus, sekali gus memastikan data yang diperoleh lebih menyeluruh dan tepat.

Melalui penganjuran program ini, diharapkan hubungan erat antara universiti dan masyarakat dapat terus diperkukuh, selain menyumbang kepada pembangunan ilmu serta dasar berasaskan bukti.

Hadir sama, Timbalan Pengarah CeTMA, Prof. Madya Dr. Zahayu Md Yusof; Pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof. Madya Dr. Noor Hidayah Abu; Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Prof. Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi; Pensyarah STML, Dr. Fadhilah Mohd Zahari; serta Pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Prof. Madya Dr. Husniza Husni. – Tengku Nurul Aimi Balqis Tengku Malim Busu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button