Campus

Lawatan Roadshow TNC (P&I) ke SEFB perkukuh agenda penyelidikan dan inovasi

Gambar M. Syazwi Solihin

SINTOK, 29 April 2026: Program Lawatan Roadshow Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) ke Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Seminar SEFB.

Program itu menghimpunkan barisan pengurusan SEFB, delegasi jabatan di bawah Pejabat TNC (P&I) seperti JHEPPI, RMC, JPPI, CUIC, ICC dan UUMIT serta seluruh warga SEFB.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Dekan Akademik & Antarabangsa, Dr. Diara Md Jadi yang mewakili Dekan SEFB.

Seterusnya, sesi taklimat disampaikan oleh Pengarah JHEPPI, Prof. Dr. Idayu Mahat yang turut mengetuai sesi town hall.

Dr. Idayu  menerangkan tentang ekosistem penyelidikan dan inovasi universiti sebelum sesi soal jawab diadakan bagi membincangkan pelbagai isu serta cadangan penambahbaikan.

Program diteruskan dengan sesi interaktif bersama kumpulan penyelidikan (Research Group), di samping perbincangan bersama pihak UUMIT dan JPPI berkaitan aspek infrastruktur dan infostruktur.

Majlis diakhiri dengan ucapan penutup oleh wakil dekan serta sesi bergambar sebagai kenangan.

Penganjuran program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan universiti dan warga akademik, sekali gus memantapkan lagi agenda penyelidikan dan inovasi di peringkat pusat pengajian. – Aliya Maisarah Abdul Rahim

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button