Campus

MPUUM adakan sesi pertemuan bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

Berita dan gambar Siti Nur Madihah Mehat

SINTOK, 25 Mei 2026: Majlis Profesor Universiti Utara Malaysia (MPUUM) telah mengadakan sesi pertemuan bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani bagi membincangkan beberapa isu kritikal semasa yang melibatkan universiti khususnya dalam aspek akademik dan pengantarabangsaan.

Pertemuan yang berlangsung di Bilik LPU itu diketuai Pengerusi MPUUM, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Majid itu memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta mendapatkan maklum balas berkaitan isu semasa termasuk pelaksanaan bekerja dari rumah (BDR), cabaran pengambilan pelajar antarabangsa yang menunjukkan trend penurunan serta beberapa perkara lain berkaitan pembangunan akademik universiti.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh keperluan untuk MPUUM bergerak lebih aktif melalui pelaksanaan perbincangan ilmiah (discourse & engagement) yang dapat memberi impak kepada warga universiti, komuniti akademik dan pihak berkepentingan.

MPUUM komited untuk terus memainkan peranan sebagai platform intelektual universiti dalam menyumbang idea, pandangan dan cadangan strategik ke arah memperkukuhkan kecemerlangan akademik serta agenda pengantarabangsaan UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button