Campus

Pelajar Baharu Ambilan Mac A252 terokai dunia Kokurikulum dalam Slot Bicara Pemerkasaan Mahasiswa

Berita dan gambar Prof. Madya Ts. Dr. Nur Khairiel Anuar

SINTOK, 12 Mac 2026: Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia dijemput berkongsi maklumat kepada pelajar baharu ambilan Mac Semester A252 dalam Slot Bicara Pemerkasaan Mahasiswa pada 10 Mac 2026 di Auditorium SAC secara hibrid, melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa.

Sesi ini disampaikan oleh Timbalan Pengarah (Aktiviti), Prof. Madya Ts. Dr. Nur Khairiel Anuar yang memberikan penerangan terperinci tentang pelbagai aktiviti kokurikulum, peluang pembangunan diri, dan program kepimpinan yang tersedia untuk pelajar.

Beliau menekankan pentingnya penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kokurikulum sebagai platform untuk memperkasa kemahiran, membina kerjasama, dan mengasah potensi kepimpinan mereka.

Dalam ucapannya, pihak Pusat Kokurikulum berharap agar semua pelajar baharu dapat mengambil peluang ini untuk membina perkembangan holistik, bukan sahaja dari segi akademik, tetapi juga sahsiah, kreativiti, sukan, dan tanggungjawab sosial.

“Pusat Kokurikulum berharap penglibatan aktif pelajar akan membentuk graduan yang berdisiplin, berdaya saing, dan memiliki semangat kepimpinan serta patriotisme yang tinggi,” katanya.

Sesi Bicara Pemerkasaan Mahasiswa ini turut menyediakan ruang untuk pelajar bertanya soalan, berkongsi pandangan, dan memahami peranan mereka dalam menjayakan program-program kokurikulum di UUM, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang interaktif dan inklusif.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button