Campus

Pelajar SQS terima komputer riba sumbangan TNB

Berita dan gambar Noramalina Samsuddin

SINTOK, 19 April 2026: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS) telah mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Komputer Riba sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Rabu lalu.

Majlis yang penuh bermakna ini berlangsung di Bilik Mesyuarat Eksekutif (BME), SQS, sebagai inisiatif untuk menyokong kelestarian akademik pelajar daripada golongan B40.

Bagi memastikan sumbangan ini sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, satu sesi temuduga yang rapi telah dijalankan sebelum ini melibatkan 15 calon telah disenarai pendek dan ditemuduga, namun hanya tiga pelajar sahaja yang dipilih berdasarkan kriteria keperluan kewangan dan kecemerlangan akademik yang ditetapkan.

Tiga pelajar bertuah tersebut ialah Nor Shahira Basheer, Ahamed Mohamed Daniel Firdaus Abdullah dan Siti Ain Nur Bashirah Shaharom.

Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Nerda, dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur serta setinggi-tinggi penghargaan kepada TNB atas keprihatinan dalam membantu memudah cara urusan pembelajaran para pelajar.

Menurutnya, TNB juga telah menyumbang sebanyak 21 komputer riba dalam satu majlis penyerahan sumbangan yang telah diadakan pada 24 Jun lalu.

“Komputer riba merupakan keperluan asas bagi pelajar Sains Kuantitatif pada masa kini. Kami berharap sumbangan ini menjadi pemacu semangat buat mereka untuk terus berusaha tanpa menjadikan kekangan peranti sebagai penghalang kejayaan.

“Inisiatif seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih banyak penglibatan daripada pihak industri bagi membantu pembangunan modal insan negara,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Dr. Sahubar Ali Mohamed Nadhar Khan; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Madya Dr. Nor Aishah Ahad dan Penolong Pendaftar SQS, Haslida Ismail.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button