Campus

Pensyarah SOG mempelajari teknik dan strategi memohon geran antarabangsa

Gambar oleh Mohd Mahadi Mohd Razani

SINTOK, 25 September 2025: Pusat Pengajian Kerajaan telah menganjurkan Bengkel Mempelajari Teknik dan Strategi Memohon Geran Antarabangsa di Bilik Seminar School of Governance (SOG).

Bengkel ini diadakan lanjutan daripada penawaran geran antarabangsa daripada pelbagai agensi antarabangsa seperti Sumitomo Foundation, UK-Malaysia-ASEAN+3 Going Global Partnerships serta Malaysia-China Science & Technology People-to-People Exchange Programme.

0-0x0-0-0#

Bengkel ini anjuran Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan yang memfokuskan kepada teknik dan strategi yang holistik yang boleh dipraktiskan semasa memohon geran antarabangsa. Bagi tujuan tersebut, pihak SOG telah menjemput Yang Berusaha Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun Mohd Nawi, Pengarah UUMPress untuk berkongsi tip dan strategi untuk memohon geran antarabangsa. Beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan permohonan geran antarabangsa sama ada sebagai ketua penyelidik atau ahli.

0-0x0-0-0#

Dalam perkongsian beliau, beliau menyatakan bahawa kolaborasi penyelidik dengan rakan-rakan strategik dari pelbagai negara penting dalam membina jaringan penyelidikan, perundingan dan penerbitan.

“Setiap pensyarah di SOG perlu mempunyai rakan strategik dari setiap universiti Malaysia, malah perlu juga mempunyai seorang rakan dari universiti luar, termasuklah dari kalangan industri,” katanya.

Menurutnya lagi, prinsip yang diterapkan ini akan membolehkan penyelidik mendapat geran antarabangsa dengan mudah malah akan mendapat keyakinan rakan universiti untuk terus berkolaborasi.

Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Rozita Arshad, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Perundingan beliau berpandangan bahawa,bengkel ini menghimpunkan ramai pensyarah SOG yang berminat untuk mengetahui tentang teknik dan strategi dalam permohonan geran antarabangsa. Diharapkan semoga rakan-rakan pensyarah bersemangat dalam menyediakan proposal untuk geran antarabangsa ini.

Bengkel ini dihadiri oleh pensyarah SOG dari pelbagai bidang yang bersesuaian dengan kriteria permohonan geran antarabangsa.  Diharapkan perkongsian oleh Yang Berusaha Prof. Sr. Dr. Mohd Nasrun membuka peluang kepada penyelidik SOG untuk memohon geran antarabangsa yang sedang ditawarkan dan pada masa yang sama membuka ruang untuk berkolaborasi dengan penyelidik antarabangsa. – Dr Khofizhoah Mohd Karim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button