Campus

Pertandingan Inovasi Nasyid Inasis 2026 meriahkan KIK-MADANI 2026

Gambar Pusat Kokurikulum

SINTOK, 9 Jun 2026: Pertandingan Inovasi Nasyid INASIS 2026 (INI 2026) yang berlangsung di Pentas Padang Kawad, Universiti Utara Malaysia (UUM) pada malam Khamis lalu telah berjaya menarik perhatian warga kampus dan peserta dengan persembahan nasyid yang kreatif, bertenaga serta sarat dengan elemen inovasi dan nilai-nilai MADANI.

Program yang merupakan sebahagian daripada Karnival Inovasi Kokurikulum MADANI Kebangsaan 2026 (KIK-MADANI 2026) ini menghimpunkan pasukan-pasukan nasyid daripada Inapan Siswa (Inasis) UUM bagi menampilkan bakat serta kreativiti dalam menyampaikan mesej positif melalui seni suara Islamik.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengarah Pusat Kokurikulum UUM, Dr. Za’im Ahmad dengan diiringi oleh Pengarah Program KIK-MADANI 2026 merangkap Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kokurikulum dan Latihan Industri, Nurul Nadiah Jamain.

Dr. Za’im  berkata, pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mengetengahkan bakat seni dan kreativiti peserta, malah turut menggalakkan penghayatan nilai-nilai murni, semangat kerjasama serta inovasi dalam kalangan pelajar dan komuniti.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat terus memperkukuhkan budaya berkesenian yang positif serta menyokong pembangunan sahsiah dan kepimpinan generasi muda selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Keputusan Rasmi Pertandingan Inovasi Nasyid INASIS 2026 (INI 2026):
Juara: Soutul Ayyil (Perodua) – RM500
Naib Juara: IFI Voice (SME Bank) – RM300
Tempat Ketiga: Unique (SME/Off Campus) – RM200

Tahniah kepada semua pemenang dan peserta yang telah menjayakan Pertandingan Inovasi Nasyid Inasis 2026. Semoga program ini terus menjadi wadah pengembangan bakat, kreativiti dan kecemerlangan pelajar pada masa hadapan. – Nur Khairiel Anuar

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button