Campus

Power BI: Decode The Data dedah pelajar mengenai penggunaan Microsoft Power BI

Gambar Media SULAM ToT, SBM

SINTOK, 26 April 2026: Seramai 43 pelajar yang mengikuti kursus BPMHK3133 Management Training for Trainers di bawah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menyertai bengkel bertajuk “Power BI: Decode The Data”.

Kursus ini merupakan sebahagian daripada program SULAM (Service Learning Malaysia – University for Society) bagi program Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia, yang menggabungkan pembelajaran teori dengan pengalaman praktikal berasaskan komuniti.

Program ini merupakan sebahagian daripada keperluan kursus BPMHK3133 Management Training for Trainers di bawah seliaan Dr. Siti Noorjannah Abd Halim dan Dr. Nor Farah Hanis Zainun.

Dr. Siti Noorjannah berkata, penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai penggunaan Microsoft Power BI sebagai alat analisis data yang efektif dalam menghasilkan maklumat yang bermakna.

Selain itu, menurutnya, program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan visualisasi data yang interaktif dan mudah difahami bagi menyokong proses membuat keputusan, di samping membina minat serta keyakinan pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran analisis data dalam bidang akademik dan kerjaya.

Program ini menampilkan slot utama iaitu Talk Power BI: Decode the Data yang disampaikan oleh Pensyarah Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Prof. Madya Dr. Haslinda Hassan. Slot ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara penggunaan aplikasi Power BI serta latihan hands-on bagi membolehkan pelajar memahami proses menghasilkan visualisasi data secara lebih efektif.

Dari segi impak, program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui penyediaan pembelajaran berasaskan kemahiran digital, serta SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi dengan meningkatkan kebolehpasaran pelajar melalui penguasaan kemahiran analisis data.

Sementara itu, Pengerusi Program Pengurusan Sumber Manusia, Dr. Edora Binti Ismail berkata, bengkel ini memberikan impak yang sangat positif kepada pelajar, khususnya dalam memperkukuhkan kemahiran yang relevan dengan keperluan industri masa kini.

Menurutnya, pendedahan kepada penggunaan Power BI bukan sahaja membantu pelajar memahami konsep analisis data dengan lebih mendalam, malah membolehkan mereka menterjemahkan data kepada maklumat yang bermakna untuk tujuan membuat keputusan yang lebih tepat dan strategik..

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan serta memberi impak positif kepada pelajar dalam memperkukuh kemahiran analisis data. Kejayaan program ini turut mencerminkan komitmen pelajar dalam menganjurkan program berimpak tinggi yang selari dengan keperluan semasa industri. – Nina Nurqistina Asha Jahidee dan Nabiha Huda Kamal

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button