Campus

 Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri mula tugas TNC (HEPA) mulai hari ini

Gambar Hairul Nizam Zahari

SINTOK, 21 April 2026: Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini dan melakukan sesi merakamkan masuk kerja (clock-in) pukul 8.30 pagi.

Dr. Bakti kemudian mengadakan pertemuan dengan Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di pejabatnya.

Dalam pertemuan itu, Dr. Ahmad Martadha menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr. Bakti atas pelantikan sebagai TNC (HEPA) yang baharu.

Naib Canselor berkata, pelantikan sebagai TNC HEPA merupakan amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin agar semua agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diterajui Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dapat dicapai dengan cemerlang termasuk agenda pemerkasaan pelajar.

Menurutnya, UUM sentiasa memberi perhatian kepada aspek kebajikan pelajar dan memelihara hubungan silaturahim dalam kalangan warga UUM bagi melonjakkan nama universiti dari segi mencapai sasaran ditetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

Pelantikan Dr. Bakti sebagai TNC (HEPA) dapat memperkukuhkan usaha universiti dalam memperkasakan pembangunan pelajar selain mengeratkan hubungan strategik antara universiti dan alumni UUM.

Turut hadir, Bursar, Mohtar Hasim dan Timbalan Pendaftar, Mohd Zulkifli Mohd Noor serta pegawai-pegawai kanan universiti yang menyaksikan sesi merakam masuk kerja di pekarangan Bangunan Canselori UUM. – Noor Zafiera Ahmad Idris (Pelajar Pelatih Politeknik METrO, Tasek Gelugor)

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button