Campus

Program Alumni Back to Campus bimbing pelajar untuk hadapi latihan industri dan kerjaya

Gambar Khairul Azman Rohim

SINTOK, 17 Mei 2026: Program Alumni Back To Campus hasil kerjasama antara Pusat Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Inapan Siswa (Inasis) MISC telah berjaya membawa pulang alumni muda Gen Z, Kee Yee Worn daripada Together Advisory Great Eastern bagi berkongsi pengalaman serta tips berkaitan latihan industri dan kerjaya kepada pelajar.

Program yang bertajuk From Campus To Career: How To Prepare Yourself For Internship & Beyond itu memberi pendedahan kepada pelajar mengenai persediaan awal sebelum menjalani latihan industri serta cabaran dunia pekerjaan masa kini.

Dalam sesi perkongsian tersebut, Kee Yee Worn turut menyentuh mengenai pilihan kerjaya generasi muda pada masa kini sama ada memilih untuk bekerja di syarikat ataupun menceburi bidang keusahawanan.

Beliau menekankan bahawa pelajar perlu berani meneroka peluang dan membina pengalaman seawal di bangku universiti.

Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni, Prof. Madya Dr. Lily Julienti Abu Bakar menyeru kepada semua Gen Z agar pantas merebut peluang dan memanfaatkan perkongsian ilmu dari alumni.

Seramai 40 pelajar telah mengambil bahagian secara aktif sepanjang program berlangsung termasuk dalam sesi soal jawab yang dijalankan.

Turut hadir, Co-Founder & Director Together Advisory, Tan Hooi Sean; Pengetua Inasis MISC, Siti Nolia Mazlan dan barisan Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS). – Ahmad Amsyar Abd Razak

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button