SAPSP pastikan kesinambungan pentadbiran dan kecemerlangan akademik di bawah pimpinan baharu
Berita dan gambar Khairul Anuar Ahmad
SINTOK, 15 Mac 2026: Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) telah mengadakan Majlis Serah Tugas Penjawat Baharu bagi sesi 2026 di Bilik Mesyuarat Eksekutif (BME) SAPSP, baru-baru ini.

Majlis ini bertujuan menyerahkan tanggungjawab kepada barisan pengurusan baharu serta memastikan kesinambungan pentadbiran dan kecemerlangan akademik pusat pengajian.
Bagi sesi 2026, SAPSP diterajui oleh Prof. Madya Dr. Zarina Mat Saad sebagai Dekan, dibantu oleh Prof. Madya Dr. Zakiyah Jamaluddin sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Mohd Azrin Mohd Nasir yang kekal sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) serta Dr. Nurhazlina Mohd Ariffin sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi).

Bagi pengurusan akademik, Pengerusi Program Siswazah terdiri daripada Dr. Norazlina Zakaria bagi Psikologi, Kaunseling dan Koreksional, manakala Dr. Teoh Ai Hua kekal mengetuai Program Siswazah Dasar dan Kerja Sosial.
Bagi Program Sarjana Muda, Dr. Mohd Ahsani A. Malek memegang jawatan Pengerusi bagi Psikologi, Kaunseling dan Koreksional, manakala Dr. Azlinda Sulaiman bertanggungjawab sebagai Pengerusi Program Sarjana Muda Dasar dan Kerja Sosial.

Pihak SAPSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada mantan Dekan, Prof. Madya Dr. Siti Rozaina Kamsani; mantan Timbalan Dekan, Dr. Suzila Ismail dan Prof. Madya Dr. Azlin Hilma Hillaluddin serta mantan Pengerusi Program, Prof. Madya Dr. Nabisah Ibrahim, Rusimah Sayuti dan Dr. Nor A’tikah Mat Ali atas dedikasi dan sumbangan mereka sepanjang tempoh berkhidmat.
Majlis serah tugas ini menjadi simbol kesinambungan kepimpinan dan diharapkan barisan pengurusan baharu akan terus memacu SAPSP ke arah kecemerlangan akademik, pembangunan pelajar, serta penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada semua penjawat baharu.



