SEFB perkukuh jaringan industri menerusi Program Perkongsian Bersama CGS International Sempena COB Week 2026
Berita dan gambar Dr. Ahmad Hakimi Tajuddin
SINTOK, 24 Mei 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuhkan jaringan kerjasama industri menerusi penganjuran program “Global Markets, Local Champions & Fractional Trading: The Future of Investing in Malaysia” bersama CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd. sempena COB Week 2026 yang berlangsung di Dewan SAC, baru-baru ini.
Program anjuran bersama Jawatankuasa UUM Trading Room dan Bursa Young Investor Club (BYIC) UUM dengan kerjasama Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) itu berjaya menarik penyertaan seramai 170 pelajar UUM yang berminat untuk mendalami bidang pelaburan, pasaran modal dan teknologi perdagangan digital.
Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian industri bertajuk “Global Markets, Local Champions: Why the FBM KLCI Still Matters” yang disampaikan oleh Regional Head of Retail Research, CGS International Securities Singapore Pte. Ltd., Billy Toh Kian Hin.
Turut diadakan ialah sesi “Introduction to Fractional Trading” yang disampaikan oleh Associate, Strategic Partnership, CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd., Yong Jun Er yang memperkenalkan konsep fractional trading dan perkembangan platform pelaburan moden kepada pelajar.
Dekan SEFB, Prof. Madya Dr. Rasidah Mohd Rashid dalam ucapan aluannya berkata, program seperti ini amat penting dalam memberi pendedahan dunia sebenar industri kewangan kepada pelajar.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd. atas kesudian hadir ke UUM dan terus menyokong pembangunan pelajar melalui pelbagai inisiatif berkaitan literasi kewangan dan pasaran modal.

“Kerjasama antara universiti dan industri sangat penting bagi memastikan pelajar sentiasa relevan, kompetitif dan bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan,” katanya.
Selain sesi perkongsian industri, pihak CGS International turut membuka reruai klinik pelaburan di perpustakaan universiti selama dua hari bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan pendedahan lanjut berkaitan pelaburan dan perdagangan pecahan saham.
Program ini turut mencerminkan penglibatan aktif dan pencapaian memberangsangkan pelajar UUM dalam aktiviti berkaitan pelaburan dan pasaran modal menerusi penyertaan dalam pelbagai program serta pertandingan anjuran Bursa Malaysia.
Turut hadir ialah Assistant Vice President, Sustainability, CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd., Yvonne Ong Suat Yen; Pengerusi Jawatankuasa Trading Room SEFB, Dr. Ahmad Hakimi Tajuddin; Penasihat Bursa Young Investor Club (BYIC) UUM, Dr. Ziad Esa Yazid; serta Presiden BYIC UUM, Poh See Hong.

Dr. Rasidah turut menyampaikan ucapan aluan semasa program “Global Markets, Local Champions & Fractional Trading: The Future of Investing in Malaysia” sempena COB Week 2026, manakala Billy Toh Kian Hin menyampaikan sesi perkongsian bertajuk “Global Markets, Local Champions: Why the FBM KLCI Still Matters” kepada pelajar sempena program “Global Markets, Local Champions & Fractional Trading: The Future of Investing in Malaysia” di Dewan SAC.
Associate, Strategic Partnership, CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd., Yong Jun Er pula menyampaikan sesi perkongsian bertajuk “Introduction to Fractional Trading” yang memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perdagangan pecahan saham dan platform pelaburan digital moden.
Poster rasmi program “Global Markets, Local Champions & Fractional Trading: The Future of Investing in Malaysia” sempena COB Week 2026 anjuran bersama CGS International Securities Malaysia Sdn. Bhd., Jawatankuasa UUM Trading Room dan Bursa Young Investor Club (BYIC) UUM di Dewan SAC.



