Campus

Sips of Success: A Graduation Hi Tea And Hooding Ceremony 2025 rai graduan pascasiswazah SOE

Berita dan gambar Dr. Fauzian Kassim

SINTOK, 11 November 2025: Majlis Sips Of Success: A Graduation Hi Tea And Hooding Ceremony 2025, Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) telah berlangsung dengan penuh meriah di He & She @ Tissa UUM, baru-baru ini.

Majlis ini diadakan bagi meraikan graduan pascasiswazah, yang terdiri daripada 32 pelajar Doktor Falsafah(PhD.), Doktor Pendidikan (EdD), dan graduan Sarjana Pendidikan (Penyelidikan) bersama penyelia masing-masing atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masing-masing.

Majlis telah dirasmikan oleh Dekan SOE, Prof. Madya Dr. Mohamad Khairi Othman, di mana dalam ucapannya menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian para graduan pascasiswazah dan menekankan kepentingan pendidikan berterusan dalam membentuk pemimpin pendidikan masa depan yang berdaya saing dan berintegriti.

Menurutnya, acara ini menandakan pencapaian tertinggi SOE sebagai antara pusat pengajian yang paling ramai dengan bilangan graduan pascasiswazah dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia dan China bagi tahun ini.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen pusat pengajian terhadap kecemerlangan akademik dan pembangunan penyelidikan pendidikan di peringkat global.

Majlis pemakaian hood dan bonnet kepada graduan oleh penyelia merupakan julung kali diadakan.

Majlis ini juga bukan sahaja menjadi wadah menghargai kejayaan, malah memperkukuh hubungan antara warga akademik dan pelajar SOE dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button