Campus

SoE adakan perbincangan dengan Xi’an International University, China dan Halstead Press Malaysia Sdn. Bhd.

Gambar Muhammad Azhar Kamaruzaman

SINTOK, 26 Julai 2026: Pusat Pengajian Pendidikan (SOE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Xi’an International University (China) dan Halstead Press Malaysia Sdn. Bhd. bagi mengadakan sesi perbincangan berkaitan kerjasama akademik serta peluang pengantarabangsaan antara ketiga-tiga institusi.

Delegasi dari Xi’an International University diketuai oleh Ms. Wu RouRou, Director of International Affairs Cooperation Project, manakala Halstead Press Malaysia diwakili oleh Mr. Steven Hoe, Ms. Tee Shwu Yun dan Mohd Fitri Che Mat.

SoE pula diwakili oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Mohammad Khairi Othman, barisan timbalan dekan, Pengerusi Task Force Ijazah Sarjana Pendidikan Awal Kanak-kanak, Dr. Nor Fauzian Kassim dan pengerusi program pascasiswazah.

Perbincangan turut dihadiri oleh Timbalan Dekan AHSGS, Prof. Madya Dr. Rafizah Rawian serta Muhammad Hafidz Baharudin daripada Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC).

Dr. Mohammad Khairi berkata, perbincangan ini diadakan bagi mewujudkan hubungan strategik antara UUM, Xi’an International University dan Halstead Press Malaysia Sdn. Bhd., di samping membincangkan prosedur kemasukan pelajar antarabangsa ke program pascasiswazah di UUM serta meneroka peluang kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan ilmiah dan mobiliti akademik.

Selain itu, kunjungan ini turut memperkukuhkan jaringan antarabangsa selaras dengan agenda pengantarabangsaan UUM, seterusnya membincangkan promosi program-program pascasiswazah yang ditawarkan oleh AHSGS khususnya di Pusat Pengajian Pendidikan.

Sementara Dr. Rafizah telah menjelaskan prosedur Permohonan Kemasukan Pelajar Antarabangsa yang boleh diakses melalui laman web UUM, manakala Muhammad Hafidz pula menerangkan berkenaan prosedur permohonan visa pelajar serta isu-isu berkaitan pelajar antarabangsa seperti keperluan bahasa Inggeris serta khususnya dari China yang mendominasi peratusan bilangan pelajar pasca di UUM.

Akhir perbincangan dikhususkan kepada Pengerusi FlanDeCc, Prof. Madya Dr. Nor Hasniza Nordin untuk berkongsi peluang kolaborasi strategik menerusi program-program seperti Pembangunan Profesional Berterusan (CPD), pertukaran pelajar dan pensyarah (students & staff mobility),  penyelidikan bersama (joint research) penerbitan buku dan jurnal akademik serta aktiviti pertukaran budaya dan jaringan akademik.

Pihak Halstead Press Malaysia Sdn Bhd. turut menyatakan komitmen untuk menjadi rakan strategik dalam aspek penerbitan ilmiah dan pengembangan hasil penyelidikan ke peringkat antarabangsa.

Semua pihak menyatakan komitmen untuk memperkukuhkan hubungan akademik melalui pelbagai bentuk kerjasama yang mampu memberi manfaat kepada institusi serta komuniti akademik di Malaysia dan China.

Diharapkan kunjungan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang lebih kukuh dan mampan antara Universiti Utara Malaysia, Xi’an International University dan Halstead Press Malaysia Sdn. Bhd. pada masa hadapan. – Dr. Nor Fauzian Kassim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button