Campus

Staf akademik dan pentadbiran tambah baik garis panduan pengurusan mobiliti antarabangsa

Gambar Muhammad Iqbal Roslan

SINTOK, 14 April 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) telah menganjurkan Bengkel Semakan dan Penambahbaikan Garis Panduan Pengurusan Program Mobiliti Antarabangsa pada Khamis lalu di EDC-UUM.

Bengkel telah dirasmikan oleh Pengarah CIAC, Prof. Madya Dr. Hisham Zainal Abidin itu telah menghimpunkan staf akademik dan pentadbiran yang terlibat dalam menguruskan program mobiliti.

Dr. Hisham berkata, bengkel ini bertujuan untuk memperhalusi garis panduan sedia ada dan mengukuhkan kecekapan, tadbir urus, dan penglibatan global inisiatif mobiliti antarabangsa UUM.

Peserta secara aktif menyumbangkan pandangan dan amalan terbaik untuk memastikan rangka kerja yang dikemas kini sejajar dengan piawaian antarabangsa semasa dan aspirasi institusi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Prof. Madya Ts. Dr. Norliza Katuk selaku Pengarah Projek berkata, bengkel ini sangat penting dalam usaha UUM untuk menambah baik garis panduan pengurusan mobiliti antarabangsa dari masa ke semasa.

Antara yang hadir dan terlibat dalam bengkel ini ialah staf Unit Mobiliti dan pentadbiran CIAC selaku moderator dan pencatat, Timbalan Dekan (HEPA), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Akademik, Jabatan Undang-Undang, Pusat Kesihatan Universiti, Jabatan Bendahari, Unit Risiko serta Dekan dan Pegawai Tadbir dari Pusat Pengajian Siswazah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UUM untuk meningkatkan usaha pengantarabangsaan dan menyediakan pengalaman mobiliti yang lebih tersusun dan memberi kesan kepada pelajar dan staf. – Budiman Syuwari Budiman Sobri

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button