Campus

Townhall Session 2026 SoIS bincang hal ehwal akademik dan pembangunan pelajar

Berita dan gambar Mohd Khairil Hazree Hairudin

SINTOK, 13 Mei 2026: Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan SoIS Townhall Session 2026 pada 28 April lalu bertempat di Auditorium SoIS.

Program ini menghimpunkan pelajar dan pihak pengurusan SoIS dalam usaha memperkukuh komunikasi dua hala serta menyampaikan maklumat berkaitan perkembangan akademik dan hal ehwal pelajar.

Sesi townhall tersebut telah dikendalikan oleh barisan pengurusan SoIS yang diketuai oleh Dekan, Prof. Madya Dr. Nazariah Osman bersama timbalan-timbalan dekan mengikut portfolio masing-masing.

Menurutnya, program townhall ini turut membuka ruang interaksi secara langsung antara pelajar dan pihak pengurusan SoIS bagi membincangkan cadangan, pandangan serta isu-isu berkaitan pengalaman pembelajaran dan pembangunan pelajar di SoIS.

“Penganjuran SoIS Townhall Session 2026 mencerminkan komitmen SoIS dalam memastikan penyampaian maklumat yang lebih efektif, telus dan inklusif demi melahirkan graduan yang holistik, kompeten dan berdaya saing di peringkat global..

“Pelbagai isu dan inisiatif telah dikongsikan sepanjang sesi berlangsung termasuk hal ehwal akademik, kebajikan pelajar, pelaksanaan latihan industri dan praktikum, serta penglibatan pelajar dalam program khidmat masyarakat dan aktiviti kesukarelawanan,” katanya.

Dalam sesi berkaitan akademik, pelajar diberikan penerangan mengenai perancangan dan penambahbaikan program pengajian termasuk pelaksanaan lulus kedua-dua komponen pentaksiran iaitu kerja kursus dan peperiksaan akhir, prestasi akademik serta peluang pembangunan kompetensi pelajar di peringkat antarabangsa melalui program mobiliti outbound.

Selain itu, aspek kebajikan pelajar turut diberi perhatian menerusi perkongsian berkaitan kemudahan, sokongan pembangunan sahsiah dan kesejahteraan mahasiswa.

Sesi praktikum pula memberi fokus kepada persediaan pelajar menghadapi alam pekerjaan, termasuk panduan penempatan industri, etika profesional dan peningkatan kemahiran insaniah. Di samping itu, pelajar turut digalakkan untuk aktif menyertai program khidmat masyarakat sebagai platform membina jati diri, kepimpinan dan hubungan bersama komuniti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button