Campus

Townhall SQS beri penerangan mengenai perubahan pentaksiran sarjana muda bermula semester A261

Berita dan gambar Haslida Ismail

SINTOK, 21 Jun 2026: Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan Taklimat Berkaitan Perubahan Dalam Pentaksiran Bagi Sarjana Muda pada sesi Townhall Bersama Dekan yang melibatkan pelajar program sarjana muda SQS secara dalam talian.

Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi berkata, sesi ini bertujuan memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar mengenai pelaksanaan kaedah pentaksiran baharu yang merangkumi pentaksiran berterusan dan pentaksiran akhir yang akan mula dilaksanakan bermula Semester A261.

Taklimat telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa SQS, Dr. Teh Yuan Ying yang menerangkan secara terperinci perubahan yang bakal dilaksanakan serta implikasinya terhadap proses pembelajaran dan penilaian pelajar.

Selain itu, sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan pentaksiran baharu tersebut.

Program ini telah dipengerusikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) SQS, Amir Hazim Zainol.

Penganjuran sesi townhall ini diharapkan dapat membantu pelajar memahami dengan lebih baik perubahan yang diperkenalkan serta membuat persediaan sewajarnya bagi menghadapi sistem pentaksiran yang akan dilaksanakan pada masa hadapan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button