Campus

UPIF anjur Program Bicara Bersama Bank Rakyat bersama lebih kurang 100 pelajar

Berita dan gambar Dr. Suhanim Abdullah

SINTOK, 8 Julai 2026: Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF) telah menganjurkan program Bicara Bersama Bank Rakyat-SLCP bertajuk ‘Etika Pengurusan Wang dalam Era Digital: Antara Amanah dan Jenayah’ di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 2/1.

Program ini disertai oleh lebih kurang 100 pelajar yang mengambil Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU 1022) dan 11 pensyarah UPIF.

Pengarah Program, Dr. Hazman Hassan berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan dengan etika semua pihak terutamanya pentadbir dalam pengurusan wang sesebuah organisasi.

Menurutnya, hal ini bagi mengelakkan rasuah dan memartabatkan budaya integriti terutamanya dalam kalangan penjawat awam.

Semua yang hadir berpeluang mendengar bicara yang disampaikan oleh Penolong Pengurus di Rakyat Xcess Alor Setar, Khidzrul Nizam Mohd Khidir.

Sebenarnya, program ini merupakan platform perbincangan secara akademik bersama Bank Rakyat di mana pelajar Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban akan berpeluang untuk mengetahui cabaran dan isu semasa dalam dunia teknologi dan perbankan yang sangat meruncingkan.

Tambahan pula, etika yang memfokuskan kepada budaya integriti perlu diterapkan dalam kalangan pelajar kini yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Selain mendengar ceramah, pelajar juga berpeluang menjawab beberapa soalan kuiz oleh penceramah dan menerima hadiah. Penganjur berhasrat untuk mengadakan lagi program seperti ini pada masa hadapan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button