Campus

UUM lantik semula (Dr.) Salihin sebagai profesor adjung TISSA

Gambar Nur Aiffa Tajeri

SINTOK, 27 April 2026: Profesor Adjung Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA), Dato’ (Dr.) Salihin Abang telah menerima surat pelantikan semula berkuat kuasa Februari tahun ini sehingga Februari 2028.

(Dr.) Salihin menerima surat tersebut yang disampaikan oleh Dekan TISSA, Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali di Bilik Mesyuarat Khawarizmi, TISSA, semalam.

Dr. Raja Haslinda berkata, kehadiran (Dr.) Salihin bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan strategik antara TISSA dan industri, di samping membuka ruang perkongsian ilmu, kepakaran serta pengalaman kepada warga pengurusan TISSA-UUM.

Menurutnya, pelantikan semula ini mencerminkan komitmen berterusan TISSA dalam memperkukuhkan kecemerlangan akademik melalui kolaborasi bersama pakar industri, seterusnya menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta memberi impak positif terhadap pembangunan pendidikan perakaunan di universiti ini.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai perbincangan ilmiah telah diadakan, termasuk usaha memperkasakan kurikulum perakaunan agar selari dengan keperluan semasa industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.

(Dr.) Salihin mula dilantik sebagai profesor adjung TISSA pada 2018 dan beliau begitu komited membantu TISSA melalui penganjuran program perkongsian pengetahuan, slot ceramah profesor adjung kepada pelajar dan staf serta turut melibatkan diri dalam pembangunan kurikulum perakaunan di TISSA. – Shazilayanty Shahrom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button