UUM lantik tujuh Ketua Zon EKSA baharu, perkasa budaya kerja kondusif dan lestari
Gambar Shamsaimi Ezil
SINTOK, 12 Julai 2026: Universiti Utara Malaysia (UUM) secara rasmi telah menyerahkan kad pelantikan kepada tujuh Ketua Zon Baharu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi tempoh lantikan selama dua tahun.
Majlis penyampaian kad pelantikan tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed.

Dr. Ahmad Martadha berkata, pelantikan ini merupakan satu bentuk pengiktirafan dan amanah besar yang diberikan kepada individu terpilih untuk menerajui pelaksanaan EKSA di zon masing-masing.
“Sebagai penggerak utama, Ketua Zon memikul peranan penting dalam memastikan amalan EKSA dilaksanakan secara konsisten.
“Mereka juga bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti penambahbaikan serta membudayakan persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik, kondusif, dan lestari dalam kalangan warga universiti,” katanya.
Senarai Ketua Zon EKSA UUM
- Zon Akasia: Madya Dr. Kamal Izzuwan Ramli (Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti & Acara – STHEM).
- Zon Tekoma: Madya Dr. Mohd. Khairie Ahmad (Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia & Komunikasi – SMMTC).
- Zon Bougainvillea: Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim (Pengarah UUM Press).
- Zon Sintok: Muzamil Mahmud (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar).
- Zon Meranti: Dr. Selamah Maamor (Dekan Pusat Pengajian Perniagaan Islam – IBS).
- Zon Cengal: Madya Dr. Md. Zawawi Abu Bakar (Dekan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences – AHSGS).
- Zon Gajus: Muhammad Noor Fitri Ahmad (Pengetua INASIS Perodua).

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi yang mempertemukan Naib Canselor UUM bersama Ketua Zon EKSA yang baharu dilantik.
Pihak universiti menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada semua penerima pelantikan.
Melalui pelantikan ini, pihak pengurusan berharap agar amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh komitmen dan tanggungjawab demi memperkukuhkan budaya EKSA sekaligus menyokong kecemerlangan pengurusan Universiti Utara Malaysia secara menyeluruh. – Mohamad Hapisol Othman



