Campus

Warga kerja INASIS di laluan B bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sempena ramadan 2026

Gambar dan berita: INASIS Laluan B

SINTOK, 3 Mac 2026 – Warga kerja INASIS di Laluan B yang melibatkan INASIS Petronas, Bank Islam, Sime Darby, TM, MISC dan BSN telah bergotong-royong menyediakan bubur lambuk sempena bulan Ramadan 1447H.

Program yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah ini bertujuan mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan staf.

Sebanyak ratusan bekas bubur lambuk berjaya disediakan sebelum diagihkan kepada warga kampus serta komuniti sekitar sebagai tanda berkongsi rezeki dan keberkatan Ramadan.

Inisiatif ini bukan sahaja memupuk nilai kerjasama, malah mencerminkan keprihatinan warga kerja INASIS dalam menyemarakkan amalan kebajikan sepanjang bulan yang mulia ini.

Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan ukhuwah serta memupuk semangat kekitaan dalam komuniti INASIS.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button