Education

PACE beri taklimat ODL di Hari Kerjaya SADA

Gambar Komunikasi Korporat SADA

ALOR SETAR: Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Hari Kerjaya Syarikat Air Darul Aman (SADA), baru-baru ini.

SADA merupakan syarikat korporat yang mengutamakan pentadbiran yang berkualiti dan menjaga kepentingan rakyat negeri Kedah supaya mendapat bekalan air bersih yang mencapai piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia dan World Health Organization (WHO).

Sebagai agensi utama, SADA amat mementingkan peningkatan ilmu dan kemahiran warganya bagi memastikan sistem pencapaian perkhidmatannya sentiasa terkini dan proaktif, justeru SADA telah menganjurkan Program Hari Kerjaya SADA 2024 di Dewan Seminar, Menara SADA.

PACE telah dijemput untuk membuka reruai pameran dan memberi taklimat mengenai peluang melanjutkan pengajian secara separuh masa atau Program Open Distance Learning (ODL) yang bakal ditawarkan pada Oktober ini.

Program yang julung kali diadakan ini menjadi platform kepada warga anggota SADA di semua peringkat untuk mengintai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, sekali gus membuka peluang membina kerjaya yang lebih baik.

Hadir membuat promosi adalah Pengarah PACE, Prof. Madya Dr. Herman Shah Anuar dan Timbalan Pengarah PACE Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Othman serta staf PACE. – Mohd Fairus Abd Majid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button