Education

ARICG dan FAMA bincang kerjasama penyelidikan dan khidmat masyarakat

Gambar ARICG

ALOR SETAR, 5 Mei 2025: Asian Research Institute for Corporate Governance (ARICG), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Kedah bagi membincangkan peluang kerjasama strategik dalam bidang penyelidikan, pemindahan ilmu dan khidmat masyarakat.

Delegasi ARICG UUM diketuai oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Noor Afza Amran, disambut mesra oleh Pengarah FAMA Kedah, Shaiful Azhar Zolkipli bersama barisan Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan FAMA.

Dr. Noor Afza berkata, kunjungan ini bertujuan untuk meneroka kolaborasi melibatkan aspek tadbir urus korporat (corporate governance), khususnya kepada peserta program FAMA yang terdiri daripada penjaja dan usahawan kecil di negeri Kedah.

Menurutnya, antara agenda utama yang dibincangkan termasuklah peluang menjalankan penyelidikan bersama, pembangunan modal insan dan pelaksanaan program-program komuniti berimpak tinggi.

“Pelbagai program dirangka bagi memberi nilai tambah kepada penjaja dan usahawan kecil di negeri Kedah dalam aspek pengurusan kewangan yang lebih sistematik, mempelbagaikan kemahiran hidup dan menjana pendapatan isi rumah secara mampan.

“Inisiatif ini sejajar dengan peranan UUM dalam menyokong agenda memperkasakan ekonomi komuniti setempat dalam mendekatkan institusi pengajian tinggi kepada masyarakat,” katanya.

Turut serta dalam delegasi UUM ialah Timbalan Pengarah ARICG dan beberapa felo penyelidik institusi tersebut. – Norhafiza Hashim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button