Buku Dr. Faizahani Ab Rahman berjaya diindeks dalam Web of Science
Gambar Zuraizee Zulkifli
SINTOK, 17 Februari 2025: Dengan penuh rasa penghargaan dan kebanggaan, pihak UUM Press ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada editor buku, Dr. Faizahani Ab Rahman dari Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) atas kejayaan besar dalam pengindeksan buku bertajuk Issues and Challenges in Education dalam pangkalan data Web of Science (WoS).
Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan serta menjadi bukti komitmen, usaha gigih dan sumbangan bermakna dalam dunia akademik dan penerbitan.
Pengindeksan buku ini dalam WoS bukan sahaja mengangkat nama penulis, tetapi juga meningkatkan reputasi UUM dalam bidang penerbitan ilmiah di peringkat antarabangsa.
Dr. Faizahani telah menunjukkan dedikasi tinggi dalam meneroka pelbagai isu dan cabaran dalam pendidikan melalui penulisan ilmiah yang berkualiti. Pencapaian ini diharapkan dapat memberi inspirasi kepada para penyelidik dan penulis lain untuk terus menghasilkan karya akademik yang berimpak tinggi.
UUM Press senantiasa menyokong penerbitan karya berkualiti dan membantu para akademik dalam memperluaskan impak penyelidikan mereka ke peringkat global. Tahniah sekali lagi kepada Dr. Faizahani atas kejayaan yang membanggakan ini! – Siti Nur Dina Johary