Education

CEDI UUM teraju Zon Utara Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026 bersama KUSKOP dan INSKEN

Gambar CEDI

KUALA LUMPUR, 12 Mac 2026: Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dilantik sebagai hos Zon Utara bagi pelaksanaan Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026 pada April depan.

Program ini merupakan inisiatif pembangunan keusahawanan pelajar yang dilaksanakan dengan kerjasama utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Pelantikan tersebut dimaklumkan menerusi Mesyuarat Kick-Off Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026 yang telah diadakan pada 9 Mac lalu bertempat di Hotel Impiana KLCC yang menghimpunkan wakil institusi pengajian tinggi dari seluruh negara bagi menyelaraskan hala tuju serta pelaksanaan program di peringkat zon.

CEDI UUM diwakili oleh Pengarah Eksekutif CEDI, Dr. Juhaida Abu Bakar dan Timbalan Pengarah (Latihan dan Pembangunan Keusahawanan Pelajar), Dr. Saiful Azizi Ismail.

Dr. Juhaida berkata, Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026 ini bertujuan melahirkan usahawan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi yang mampu membangunkan dan meneruskan perniagaan dalam bidang pengajian masing-masing termasuk selepas tamat pengajian.

Menurutnya, inisiatif ini memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dalam tiga bidang tujahan utama iaitu High-Growth High-Value (HGHV), Orange Economy dan Blue Economy, selain menjadikan Social Entrepreneurship sebagai agenda penting dalam memperkasa ekosistem keusahawanan pelajar universiti.

Bagi Zon Utara yang diterajui oleh UUM, program ini dijangka menghimpunkan sekitar 250 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi termasuk universiti awam, universiti swasta, politeknik serta kolej komuniti.

Peserta yang terpilih sebagai pemenang berpeluang menyertai Program Bangkit oleh INSKEN secara percuma sebagai platform lanjutan untuk memperkasa perkembangan perniagaan mereka.

Pelaksanaan program di UUM dijangka menjadi siri pertama bagi Program Jaguh Keusahawanan Nasional 2026, sekali gus menjadi pembuka tirai kepada pelaksanaan di seluruh negara.

Majlis perasmian program ini dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KUSKOP pada penghujung April.

Melalui penganjuran program ini, CEDI UUM komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan ekosistem keusahawanan pelajar serta menyokong agenda nasional dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda yang berdaya saing, inovatif dan berimpak tinggi kepada pembangunan ekonomi negara. – Akmal Ahlami Md Rozai

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button