Education

Cerapan anak bulan Ramadan di Menara Alor Setar 

ALOR SETAR, 6 Mac 2025: Pada tahun 2025, proses cerapan anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia telah dijalankan pada petang Jumaat, 28 Februari 2025, bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Di Negeri Kedah, cerapan anak bulan dilakukan di tiga lokasi utama, Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar.

Pengarah Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) Ustaz Mohd Yusnaidi Md Sabri dan Ahmad Zabadi Mokhtar berpeluang menyertai Cerapan Hilal Rasmi Ramadan 1446H di Tingkat 5, Menara Alor Setar yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Kedah, baru-baru ini.

Mohd Yusnaidi menyifatkan Pengalaman ini sangat bermakna dan memberikan perspektif baru apabila berpeluang terlibat dalam cerapan Hilal Ramadan yang rasmi.

Proses cerapan anak bulan di Malaysia dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh Malaysia termasuk beberapa Lokasi di Kedah dengan menggunakan kaedah rukyah (pemerhatian) dan hisab (pengiraan astronomi) untuk permulaan Ramadan.

Jika anak bulan kelihatan, maka keesokan harinya akan menjadi 1 Ramadan, jika tidak kelihatan, bulan Syaaban akan disempurnakan menjadi 30 hari. –  Dakina Zakaria

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button