Education

JSM dan INASIS Tradewinds lakar nama di Persidangan Kaunseling dan Psikologi IPT

SERDANG: Jabatan Sumber Manusia (JSM) dan INASIS Tradewinds dari Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengharumkan nama universiti dalam Persidangan Psikologi IPT Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia anjuran JKKPsiKUA.

Persidangan ini dijalankan adalah untuk membentuk budaya organisasi yang sihat dan memupuk empati pelajar dan kakitangan khususnya kaunselor universiti sejajar dengan konsep masyarakat MADANI hari ini.

Melalui persidangan ini, Pendaftar UUM, Ahmad Rasidi Abdullah telah dinobatkan dengan Anugerah Kepimpinan Sejahtera. Persidangan ini juga turut dihadiri oleh hampir kesemua pendaftar universiti dan dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Selain itu, UUM juga telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Emas (Gold Award) yang dimenangi oleh Presiden INASIS Tradewinds, Muhammad Shafiq Shafiee dan Anugerah Perak (Silver Award) yang dimenangi oleh Muhammad Amir Danial Azahar selaku Biro JKPSRS INASIS Tradewinds dalam Pertandingan Poster Inovasi Penyelidikan masing-masing.

Dengan tajuk kajian Shafiq Shafiee (Organisational Stress Management Through Artificial Intelligence Gamification Among Staff and Student Leaders in Universiti Utara Malaysia), artikel ini menerangkan berkenaan pengurusan tekanan organisasi dengan menggunakan gamifikasi kecerdasan buatan (AI) terkini yang boleh diterapkan dalam kakitangan dan pemimpin pelajar.

Selain itu, Amir Danial dengan tajuk ‘Establishing A Healthier Workplace: A Significance of Organisational Well-Being For Future Leaders and Employee’ menerangkan bagaimana cara untuk membentuk satu tempat kerja yang sihat dan harmoni dalam organisasi.

Dengan bimbingan dan bantuan Kaunselor JSM, Dr. Asma Mat merangkap Pengetua INASIS Tradewinds dan Pembantu Tadbir, Latifah Abdullah telah berjaya merangkul kedua-dua tempat dengan pencapaian yang cemerlang.

Dr. Asma, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga yang terlibat terutamanya Ahmad Rasidi; Timbalan Pendaftar, Azahari Azmi; warga Jabatan Sumber Manusia, INASIS Tradewinds, UUM Grafik dan semua yang telah membantu sepanjang persiapan dijalankan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button