Education

Kempen Kelestarian UUM pacu kesedaran alam sekitar berpandukan Maqasid Syariah

Gambar Ihsan Nur Sakinah Binti Mohamed Jamil

SINTOK, 21 November 2024: Pelajar pascasiswazah BIEE5013 (Islamic Economics) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan program “Sustainability Campaign: Towards A Sustainable Ecosystem” di Ruang Legar SEFB – IBS dengan penyertaan 248 peserta dalam kalangan pelajar.

Kempen ini mengetengahkan kesedaran tentang kepentingan ekosistem lestari berpandukan Maqasid Syariah, yang mengimbangi pemeliharaan alam sekitar dengan kemakmuran ekonomi Islam, selari dengan hasrat UUM untuk menjadikan universiti ini sebagai  kampus lestari.

Pensyarah kursus, Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab berkata, objektif utama ingin memupuk kesedaran kelestarian, membina ejen perubahan, dan melatih kepimpinan, kempen ini menyajikan aktiviti menarik seperti pameran poster, sesi temu bual, dan permainan interaktif.

Menurutnya, bagi membantu memastikan kejayaan program ini, yang bukan sahaja menyokong aspirasi UUM sebagai peneraju kelestarian, malah membuktikan kebolehan pelajar mengaplikasikan teori dalam kehidupan sebenar. 

Kempen ini menjadi langkah penting ke arah menjadikan UUM pusat kelestarian, membentuk generasi pemimpin yang komited terhadap pembangunan mapan dan pemeliharaan alam sekitar. Program ini juga membuktikan kemampuan pelajar pascasiswazah BIEE5013 mengaplikasikan teori pembelajaran ke dalam realiti kehidupan.

Pelajar tajaan Kementerian Agama (KEMENAG), Indonesia, Wafiq Ibnu Mubarok berkata, kempen ini membuka mata pelajar UUM tentang tindakan kecil mesra alam  yang boleh di amalkan  dan berharap agar kempen ini turut diadakan di negara Indonesia juga.

“Kempen ini bukan sahaja mencetuskan kesedaran tinggi dalam kalangan peserta mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar, malah memperlihatkan kesungguhan pelajar untuk melaksanakan inisiatif yang berimpak besar terhadap masyarakat.

“Dengan kejayaan ini, UUM terus melangkah maju dalam membentuk masyarakat lestari yang berteraskan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya. – Nur Sakinah Mohamed Jamil dan Prof. Madya Dr. Norazlina Abd Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button