Education

Kerjasama UUM, Amanah Raya Berhad bantu tingkat kesedaran masyarakat berkaitan penyediaan wasiat

Gambar TISSA UUM

KUALA LUMPUR, 5 Mac 2025: Perbincangan yang diadakan antara Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Amanah Raya Berhad berkisar dengan aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan dengan pentingnya penyediaan wasiat.

Pihak Amanah Raya yang diwakili oleh Ketua Pengurus Kumpulan, Ahmad Feizal Sulaiman Khan telah mempelawa pihak UUM yang diwakili Dekan TISSA, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad untuk bekerjasama dalam membantu Amanah Raya Berhad untuk terus meningkatkan kesedaran berkaitan dengan kepentingan wasiat.

Terdapat peluang yang boleh diambil melalui kerjasama ini yang dapat membantu memberi manfaat kepada pelajar dalam urusan penyediaan wasiat yang dilaksanakan oleh pihak Amanah Raya melalui sistem aplikasi yang disediakan.

Ahmad Feizal berkata, terdapat amaun yang besar dalam harta selepas kematian individu yang terpaksa diuruskan oleh pihak Amanah Raya Berhad akibat daripada tidak melaksanakan wasiat semasa hayat mereka.

“Justeru, pihak Amanah Raya memohon untuk dilaksanakan perbincangan lanjut untuk merealisasikan kerjasama ini yang akan dapat membantu memanfaatkan kedua belah pihak,” katanya.

Selain program tersebut perancangan mengadakan memorandum persefahaman (MoU) serta penawaran program sarjana dengan pihak mereka boleh dipertimbangkan. – Abdul Razak Abdul Wahab

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button