Education

Koleksi Falsafah ISTAC buat pelajar terpegun

KUALA LUMPUR, 5 Jun 2025: Mahasiswa Falsafah, Undang-undang dan Perniagaan (BPLB) terpegun dengan manuskrip klasik yang terkumpul di ISTAC-IIUM.

Persatuan BPLB telah berkunjung ke Perpustakaan Syed Muhammad Naquib al-Attas, ISTAC-IIUM sebagai manifestasi bidang falsafah, teras akademik silabus BPLB.

ISTAC-IIUM menjadi pusat rujukan bidang pemikiran dan tamadun Islam kerana kekayaan sumber manuskrip yang tersimpan di satu bilik tertutup khusus.

Koleksi kitab klasik yang dikumpulkan berasal dari Kepulauan Melayu, Asia Timur, Eropah dan Timur Tengah hasil usaha dan himmah Prof. Diraja al-Attas.

Kitab-kitab ilmiah ini merupakan karya agung yang berusia sehingga 800 tahun.

Menurut Ilya Fazwani Maswan, pengarah rombongan, lawatan ini bertujuan mendedahkan pelajar dengan kekayaan manuskrip khususnya falsafah seiring kandungan akademik BPLB.

“Komponen falsafah kursus BPLB kami sangat selari dengan visi dan misi ISTAC sebagai sebuah institut pengemudi pemikiran Islam dan falsafah.

Pelajar BPLB mendalami kursus seperti Analisis Teks Keagamaan, Metafizik, Etika, Epistemologi dan lain-lain yang turut merujuk ahli falsafah terkemuka.

“Kunjungan ini berfungsi sebagai pelengkap kepada kuliah akademik kami untuk merapatkan pengetahuan teori dengan tradisi intelektual yang dipupuk di sini,” ujarnya.

Menurut Haarshini Saravanan, peserta, berkata, “Saya kagum dengan buku falsafah yang bukan sahaja daripada Islam bahkan ada bahasa Bible, Tamil, Mandarin Klasik dan sebagainya.

Di samping lawatan ini, pegawai ISTAC turut membawa lawatan sekitarnya dan pameran solidariti seni kepada Palestin.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button